RMK13: Kementerian Ekonomi mulakan inisiatif Madani Mendengar – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedang mengadakan jelajah Madani Mendengar bagi menyediakan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, RMK13 akan menjadi dokumen penting Kerajaan Madani, bukan sahaja untuk merangka hala tuju ekonomi negara bagi 5 tahun akan datang, tetapi juga hingga tahun 2040.

Menurut beliau, RMK13 berazam untuk menjadi sebuah dokumen strategik yang komprehensif dan mudah difahami oleh rakyat, melibatkan semua pihak daripada perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) sehinggalah kepada isu masyarakat menua.

“Sebagai sebahagian daripada penyediaan RMK13, Kementerian Ekonomi telah memulakan inisiatif ‘Madani Mendengar,’ yang bertujuan untuk mendengar pandangan rakyat dari semua lapisan masyarakat.

“Sesi pertama telah berlangsung di Negeri Selangor pada 1 Oktober 2024, dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk sektor swasta, NGO, kumpulan berkepentingan, dan mahasiswa.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah hadir, serta pasukan Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Negeri Selangor,” ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.

Kata Rafizi lagi, sesi Madani Mendengar ini akan diteruskan di seluruh negara.

“Kami mengalu-alukan orang awam yang ingin menyumbang idea dan cadangan untuk RMK13.

“Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha membentuk masa depan ekonomi negara. Kongsi pandangan anda di https://rmk13.ekonomi.gov.my/rmk13/pandangan-awam/ dan bersama-sama kita wujudkan Malaysia yang lebih sejahtera dan maju,” katanya.

Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) adalah pelan pembangunan jangka sederhana lima tahun untuk Malaysia, meliputi tempoh dari 2026 hingga 2030. Ia merupakan kesinambungan daripada pelan pembangunan negara sebelumnya, termasuk RMK-12 (2021–2025).

Seperti rancangan sebelumnya, RMK-13 dijangka akan menetapkan sasaran ekonomi, sosial, dan alam sekitar untuk mencapai matlamat pembangunan negara, dengan fokus kepada kesejahteraan rakyat dan daya tahan ekonomi.

Kerajaan dijangka memfokuskan RMK-13 kepada beberapa perkara seperti Pembangunan Ekonomi yang Inklusif dan Mampan; Pemulihan Pasca-Pandemik; Ekonomi Digital dan Revolusi Industri 4.0 yang mennjadi teras dalam RM-12.

RMK-13 juga dijangka menumpukan kepada perubahan iklim dan kelestarian alam aekitar termasuk usaha pengurangan pelepasan karbon dan pemeliharaan sumber semula jadi, selaras dengan matlamat pembangunan mampan (SDG).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat