KKM lancar pelan tindakan penjagaan kesihatan warga emas

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas KKM 2023-2030 dan Pelan Tindakan Dementia 2023-2030 merupa­kan hala tuju perkhidmatan kesihatan warga emas sehingga tahun 2030.

Pelan ini mengariskan strategi pemerkasaan penjagaan kesihatan warga emas, kekal sihat dalam komuniti melalui program pencegahan dan penjagaan diri (self-care) serta penjagaan kesihatan warga emas berterusan melalui perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berintegrasi.

Ianya berteraskan ‘Patient Centered Care’ serta perluasan kebolehcapaian warga emas kepada perkhidmatan kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Dr.Dzulkefly Ahmad berkata demikian ketika pelancaran pelan tersebut sempena sambutan Hari Warga Emas Peringkat KKM 2024 dekat sini, pada Selasa.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KKM, Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad;
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Norhayati Rusli, dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi),
Norhaliza A Halim.

Dr. Dzulkefly berkata, pelan ini memberi hala tuju jelas dan strategik dalam pelaksanaan perkhidmatan kesihatan yang lebih holistik dan berkesan melalui pendekatan seluruh kerajaan (whole-of government) dan seluruh masyarakat (whole-of-society).

Beliau berkata, bagi menghadapi cabaran sepanjang transisi ke arah usia menua, soal penjagaan kesihatan dan penggalakan agenda penuaan sihat adalah tanggungjawab bersepadu segenap lapisan masyarakat.

“Bertemakan ‘Sihat Madani di Usia Emas’, sambutan ini memfokuskan kepada aktiviti promosi kepentingan penuaan sihat dan bermaruah yang bermula dengan pencegahan penyakit terutamanya penyakit tidak berjangkit (NCD) sejak usia muda.

“Selain itu, pembudayaan hidup sihat melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), ”katanya.

“KKM sedang membangunkan Garis Panduan Pelaksanaan Kelab Warga Emas yang akan memandu kesemua 256 Kelab Warga Emas yang kini aktif di bawah KKM.

“Dijangka sedia menjelang 2025, garis panduan ini antara lainnya bertujuan memperkasakan penjagaan kendiri kesihatan agar kebolehan berfungsi (functional ability) terus kekal dan kemerosotan dapat dilambatkan,”ujarnya.

“Warga emas digalakkan untuk sentiasa kekal sihat melalui amalan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, pemeriksaan kesihatan berkala, serta menjauhi tingkahlaku yang mengancam kesihatan.

“Selain itu, setiap individu juga perlu memulakan persediaan menghadapi usia emas dari segi kesihatan, kewangan, persekitaran, emosi dan sokongan sosial sejak usia muda lagi,”ujarnya lagi – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat