Rakyat Boleh Ke Luar Negara Menjelang Disember : PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bukan sahaja boleh merentas negeri, bahkan ke luar negara menjelang Disember nanti.

Itu keyakinan yang diberikan oleh Perdana Menteri bahawa kebenaran tersebut akan diberi sebaik sahaja Malaysia mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

“Ya, Disember. Mungkin awal lagi. Kita akan buka rentas negeri. Rentas negara pun boleh dibuka apabila mencapai 90 peratus sudah divaksin.

“Rentas negeri pun tidak la­ma lagi sebab sekarang dah mencapai 85.5 peratus, bermakna lagi dua minggu sudah boleh buka rentas negeri,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata demikian dalam pertemuan dengan beberapa pengarang kanan media di Bangunan Parlimen, Khamis lalu.

Menurut beliau, masyarakat tidak lagi perlu memohon My­TravelPass (MTP) sebaik sahaja merentas negara dibuka.
“Kita tidak perlu lagi daftar MyTravelPass untuk keluar negara tetapi kuarantin masih sama,” kata beliau.Mengulas lanjut,

 

“Kita meneruskan perbincangan sebab kita ada dua, Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) ini Singapura yang hentikan, bukan kita. Saya pun sudah pergi ke Johor minggu lepas, saya dah minta Menteri Besar Johor berbincang dengan Si­ngapura untuk RGL dibuka.

“Tetapi, yang lebih pen­ting perjalanan harian pekerja, beratus ribu orang. Masih lagi Si­ngapura belum buka. Ini penting sebab ada yang ulang alik dari Johor Bahru, tiba-tiba tidak dibenarkan masuk. Mereka yang menderita ini sudah setahun lebih,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berharap tidak ada mana-mana menteri dibuang akibat gagal meme­nuhi prestasi dalam tempoh 100 hari yang ditetapkan.

Menurut beliau, setiap laporan yang dibentangkan seseorang menteri mesti mempu­nyai ‘wow factor’ kepada rakyat supaya dapat mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan.

“Setiap menteri akan bentangkan, kita tunggulah. Dan saya minta menteri bentangkan sendiri dari sudut kementerian masing-masing.

“Saya jangka mereka ‘perform’, alasan saya letak 100 hari, saya nak menteri ‘perform’, bukan tujuan saya nak buang menteri.

“Ada orang kata, adakah menteri yang nak kena buang lagi? Saya harap tak ada siapa yang akan diambil tindakan sebab saya nak mereka ‘perform’. Itu tujuan saya,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata, penilaian terhadap menteri-mente­ri akan dibuat secara menyeluruh termasuklah menerusi laman sosial dan penerimaan rakyat terhadap pe­mimpin itu sendiri.

“Memang saya ada buat pemarkahan, macam sekolah­, ada ‘report card’ (kad laporan), setiap menteri ada ‘report kad’ dan salah satu yang akan beri markah, (adalah) saya. Kita ada jawatankuasa, ada juga pemarkahan daripada rakyat, rakyat boleh berikan pemarkahan, ada beberapa peratus, Tapi maknanya pandangan rakyat akan menjadi salah satu (penilaian).

“Ada banyak cara, kita akan buat kajian sikap rakyat pada setiap menteri, mungkin saya rajin tengok media sosial kah? profesional buat kajian. Yang pofesional buat kajian itu sebab mereka buat kajian, tapi saya pun rajin baca komen. Saya jawab sendiri kadang-kadang,” katanya.

Perdana Menteri turut meletakkan sasaran tersendiri pada 100 hari pentadbirannya yang akan diumumkan pada 10 Di­sember nanti.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengulas me­ngenai penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya dalam tempoh 41 hari mentadbir selepas menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, 21 Ogos lalu.

Kata beliau: “Setakat hari ini saya pun belum buat kajian terperinci sebab saya baru sebulan lebih, terlalu awal. Kadang-kadang ada orang yang suka pada peringkat awal, lama-lama jadi tidak suka. Setengah tu, peringkat awal dia tak sayang lagi, tetapi makin lama dia kenal, dia suka kita.

“Jadi sebab itu dalam masa lima, enam bulan atau tiga bulan selepas 100 hari, mungkin banyak ucapan, mungkin beri lebih banyak lagi kepada rak­yat dan sebagainya.

“Kadang-kadang ada pandangan dari segi politik, parti politik yang berbeza, kalau pembangkang memang tidak akan puji, tentu sahaja pandangan negatif, kalau panda­ngan daripada parti kerajaan pun, bukan satu kepala dengan kita dia akan bagi negatif. Tapi ke­seluruhan rakyat itu pen­ting,” katanya.

– MINGGUAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat