Lebih 50,000 orang dijangka datang ke Perhimpunan Agung UMNO 2026, perwakilan lebih 6,000 orang

KUALA LUMPUR – Lebih 50,000 orang dijangka akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang akan bermula dari 8 hingga 12 September depan di World Trade Center (WTC) Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ada kira-kira lebih 120 gerai akan turut dibuka oleh usahawan-usahawan muda di WTC sepanjang empat hari ia berlangsung.

“Kita menjangkakan lebih dari 50,000 orang akan hadir sepanjang kerana sepanjang sebulan dua bulan ini kita menerima banyak permohonan untuk hadir ke PAU dan saya katakan mereka semua dialu-alukan cuma untuk masuk ke dalam Dewan Merdeka ketika persidangan itu, saya mohon maaf kerana tempat amat terhad,” katanya.

Dr Asyraf berkata demikian dalam sidang media PAU 2026 yang diadakan di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan Biro Kebajikan Wanita UMNO akan turut mengadakan pemeriksaan kanser secara percuma melalui bas bergerak di ruang bas di Aras 2 untuk memudahkan golongan wanita yang datang untuk mendapatkan pemeriksaan.

Pada PAU kali ini, seramai 6,401 orang perwakilan akan hadir melibatkan semua sayap iaitu Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Puteri UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO, katanya.

“Kita menerima usul dari 157 bahagian di seluruh negara yang kebanyakannya menyentuh soal hala tuju dan kerjasama politik UMNO khususnya dalam kerangka kerajaan perpaduan dan agenda rumah bangsa yang digagaskan dalam PAU yang lepas,” katanya.

Dr Asyraf berkata pihak UMNO juga menerima hampir 450 pendaftaran dari agensi media dalam dan luar negara untuk hadir membuat liputan pada PAU kali ini.

Beliau berkata antara agensi media asing yang membuat permohonan ialah Associated Press (AP), BBC News, Channel News Asia, Bloomberg, Singapore Press, The Edge, Nikkei dan South China Morning Post.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat