5 remaja terkait kes buli Zara dipanggil sebagai saksi inkues

KUALA LUMPUR – Lima remaja bawah umur yang sebelum ini didakwa berkait dengan kejadian buli terhadap Zara Qairina Mahathir akan dipanggil sebagai saksi dalam inkues pelajar Tingkatan Satu itu.

Perkara itu didedahkan ketika Mahkamah Koroner mendengar permohonan peguam pihak keluarga Zara Qairina, peguam-peguam bela remaja itu dan Persatuan Guaman Sabah (SLS) untuk menjadi pihak berkepentingan.

Pada 20 Ogos lalu, lima remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kanak-kanak di Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarham Zara Qairina.

Kesemua tertuduh yang berusia bawah 18 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elsie Primus.

Berdasarkan pertuduhan, kelima-lima pelajar tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Asrama Rabiatul Adawiyah Dorm A-3-6, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar antara pukul 10 malam hingga 11 malam pada 15 Julai 2025, lapor Utusan di Sabah.

Mereka bersama-sama didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina yang ketika itu mendengar kata-kata berkenaan dan berkemungkinan terganggu dengan perbuatan tersebut.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat