KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Think City diberikan amanah oleh kerajaan untuk mengubah lanskap peta Kuala Lumpur tanpa mengubah wajah warisan gemilang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu wajah baharu Kuala Lumpur yang dimodenkan tidak meminggirkan warisan budaya sedia ada.
“Bila saya tunjukkan keyakinan pada khazanah dan kita mendukung cadangan yang sangat penting untuk tentukan arah dan lanskap peta Kuala Lumpur.
“Dari bangunan Sultan Sulaiman, Padang Merdeka ke stesen keretapi ke Carcosa sebagai kawasan yang disebut warisan dan daya cipta heritage and creativity,” katanya ketika sambutan 30 tahun Khazanah di MITEC, pada Selasa.
Memperincikan maksud beliau itu, Anwar menjelaskan maknanya dari segi kerajaan beri amanah sangat besar untuk tentukan wajah Kuala Lumpur itu tidak hilang daripada wajah warisan negara dan bangsa dan di samping itu ia juga berikan suatu asakan baru kerana dunia menuntut kita memikir masa depan kita.
“Inilah satu wajah Kuala Lumpur dari warisan Sultan Abdul Samad hingga Carcosa,di mana diletakkan isu heritage tetapi digabungkan sinergi tentang aspek yang dianggap baru moden dan dunia AI.
“Bagaimana nak buat bukan urusan saya, tetapi Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal (Wan Zahir) dan Think City, if not why nama think city u better think poperly and give me the answer.
“Sebelum belanjawan oktober ini, saya nak pastikan supaya ada gambaran jeals kepada negara bahawa kita ada usul untuk memulakan wajah Kuala Lumpur yamg tidak terpisah dari warisan budaya gemilang kita,” katanya.