Graceland Elvis Presley jadi ‘mangsa’ conteng

- Advertisement -
Agensi

MEMPHIS: Rumah agam Graceland peninggalan legenda muzik dunia, Elvis Presley kini menjadi sasaran vandalisme apabila dinding bahagian luar pagarnya diconteng individu tidak bertanggungjawab.

Graceland yang terletak di Memphis, Amerika Syarikat itu menjadi ‘mangsa’ contengan pelbagai kata-kata antaranya Black Lives Matter dan Defund The Police dengan menggunakan cat sembur.

Contengan itu sekali gus merosakkan tulisan daripada peminat-peminat Elvis yang berkunjung ke Graceland sejak 1982.

Rata-rata, peminat penyanyi legenda itu meluahkan rasa kecewa mereka kerana protes yang disalurkan individu-individu terbabit adalah dengan cara yang salah.

KESAN vandalisme di rumah agam Graceland.
KESAN vandalisme di rumah agam Graceland.

 

Adik tiri Elvis, Bill Stanley juga meluahkan rasa kecewanya ketika ditemubual media antarabangsa.

“Ini adalah satu insiden yang mengecewakan. Selain kematian Elvis, ini adalah satu lagi situasi yang membuatkan saya rasa sedih,” katanya.

Bagaimanapun, ahli politik Parti Demokrat, Antonio Parkinson menganggap tindakan individu yang menconteng dinding Graceland itu tidak melanggar undang-undang.

 

KESAN vandalisme di rumah agam Graceland.
KESAN vandalisme di rumah agam Graceland.

 

“Apa masalahnya? Setiap pengunjung yang datang ke Graceland menulis di dinding itu dan tak ada sebarang masalah.

“Jadi, yang menjadi masalah adalah apa yang ditulis, bukan tindakan menconteng dinding itu,” katanya.

Elvis pernah menetap di Graceland selama 20 tahun sebelum meninggal dunia pada 16 Ogos 1977 ketika berusia 42 tahun.

Pada 1982, Graceland dijadikan muzium dan dikunjungi lebih 600,000 pengunjung setiap tahun.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat