E-Hailing Disaran Sediakan Perkhidmatan Untuk Pelanggan Pusat Hiburan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Syarikat E-Hailing di negara ini disarankan untuk membuat kempen dan menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan di pusat hiburan bagi menghindari mereka memandu ketika mabuk, jelas Menteri Pengangkutan Dato Seri Dr Wee Ka Siong ketika menjawab soalan di Parlimen hari ini.

“Kita memang galakkan E-hailing rancakkan kempen guna perkhidmatan mereka. Kita akan buat kempen ini secara besar-besaran,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

“Ini adalah satu alternatif pihak kerajaan untuk mengelak berlakunya kemalangan membabitkan pemandu mabuk, dan kita tidak bercadang mewajibkan penggunaan alat pengukur kandungan alkohol bagi tujuan saringan, katanya lagi.

Kementerian Pengangkutan buat masa ini telah mengarahkan kesemua agensi utama termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menggiatkan lagi aktiviti dan program pendidikan berhubung kesedaran keselamatan jalan raya.

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat