Pengundi perlu pilih calon Bebas pada PRU akan datang kerana calon Bebas milik pengundi bukan milik parti – GASURA

SELAYANG, 3 Julai – Calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang perlu diberikan kemenangan kerana calon sedemikian adalah hak milik rakyat 100 peratus berbanding calon parti yang bergerak di bawah parti politik yang ada kekangan tertentu untuk berkhidmat.

Pengerusi Penyelaras Gabungan Suara Rakyat (GASURA) Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata sekarang sudah sampai masa calon yang bertanding di atas tiket parti politik ditolak oleh rakyat kerana kebanyakan dari mereka gagal menjalankan peranan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

GASURA merupakan satu sekretariat yang diwujudkan untuk meletakkan calon Bebas bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pengundi mereka menghadapi masalah dengan wakil rakyat yang mereka undi pada PRU lalu.

“Saya menyeru, rakyat harus pilih calon Bebas kerana mereka tidak terikat dengan peraturan parti, arahan presiden, arahan pengerusi dan sokongan ahli parti tetapi bebas dari belenggu mana-mana pihak untuk berkhidmat pada rakyat.

“Calon Bebas ada sepenuhnya masa untuk dihubungi rakyat jika ada masalah yang perlu segera diberi perhatian dan boleh turun padang pada bila-bila masa jika dihubungi kerana mereka tidak tertakluk di bawah mana-mana peraturan parti,” katanya dalam satu sidang media di kawasan Parlimen Selayang malam tadi.

Ketika di negeri Johor di selatan tanah air sedang sibuk berkempen sakan antara parti untuk meraih undi, Sekretariat GASURA sudah mula bergerak di ibu negara menghebahkan matlamatnya untuk menampilkan ramai calon Bebas untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bermula dengan Parlimen Selayang.

Menurut Mohd Ridzuan, ada wakil rakyat di bawah sesebuah parti yang amat susah dihubungi dan rakyat hendak membuat pertemuan dengan mereka pun amat susah dek kerana mesyuarat parti, komitmen parti dan juga kerana sibuk berpolitik.

“Melalui calon Bebas, wakil rakyat itu tidak perlu menghadiri mana-mana mesyuarat parti sebaliknya akan menghabiskan masa dan perhatiannya kepada kawasan Parlimen atau DUN yang dimenanginya dengan selesai masalah rakyat.

“Ada wakil rakyat yang apabila ada orang datang meminta bantuan daripadanya, wakil rakyat akan suruh mereka sendiri pergi ke jabatan kebajikan untuk memohon bantuan tanpa sebarang bimbingan.

“Sepatutnya, sebagai wakil rakyat, dia mesti membantu individu itu untuk menyelesaikan semua prosedur dan beliau boleh membantu memajukan permohonan atau membimbing pengundi berkenaan untuk ke jabatan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata GASURA akan bergerak ke seluruh negara selepas ini untuk memberitahu dan menyedarkan orang ramai tentang nilai perjuangan sebenar calon Bebas yang sebenarnya mahu betul-betul membantu rakyat dan mereka tiada masa untuk berpolitik.

“Biasa kita dengar,orang akan cakap calon Bebas akan hilang deposit dan kalah tetapi kita akan memberi kesedaran kepada rakyat untuk memilih calon Bebas yang betul-betul sebenarnya mahu bekerja dan bukan berpolitik sepanjang masa.

“Oleh kerana mereka tiada parti dan tiada kepentingan untuk mendapatkan jawatan, calon yang bertanding secara bebas ini tidak ada masa untuk berpolitik malahan mereka tidak melakukannya pun kerana tiada parti, fokus mereka benar-benar dengar masalah rakyat dan akan selesaikan,” kata Mohd Ridzuan.

Dalam sidang media malam tadi, beliau turut menjemput bersama dua individu yang berdepan masalah yang masih gagal diselesaikan.

Mereka ialah seorang peniaga wanita warga emas berbangsa cina dari Selayang yang berdepan isu gerai berniaga dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dari PKR yang sehingga kini masalahnya belum selesai.

Seorang lagi ialah seorang kontraktor P. Selvakumar yang sudah pun menyiapkan kerja-kerja binaan di sebuah masjid di USJ18 tetapi kontraktor utama enggan melunaskan bayaran sehingga ke hari ini.

Walaupun, pihak Selvakumar sudah pun mendapat perintah mahkamah tetapi kontraktor utama masih gagal membuat pembayaran dan hanya berdiam diri sehingga hari ini.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat