PN fokus perjuang ‘reset’ kepimpinan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) komited untuk memperjuangkan reset ke atas kepimpinan negara dengan memperbaiki isu-isu institusional agar nikmat kemakmuran ini dikecapi semua pihak di bawah satu konsensus baharu.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam pembinaan sesebuah negara bangsa, pandangan, kritikan serta percambahan idea daripada kumpulan pertubuhan masyarakat sivil penting kerana mereka merupakan NGO yang sentiasa dekat dengan masyarakat.

“Kumpulan seperti IDEAS, Pusat Komas, Bersih, Projek Sama, C4, dan Transparency International Malaysia ini merupakan antara peneraju kepada suara-suara masyarakat sivil dalam mengangkat agenda tadbir urus baik.

“Mereka menyambut baik agenda Konsensus Nasional Baharu dan turut sama memberikan pandangan-pandangan konstruktif dalam isu-isu tadbir urus, anti rasuah serta transformasi pilihan raya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat