Semua lapangan terbang kekal milik Malaysia, MAHB dikawal kerajaan bukan warga asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan hari ini mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyangkal dakwaan kononnya pihak asing akan mencampuri urusan atau mengambil alih lapangan terbang negara.

Malah, beliau juga menegaskan bahawa aspek keselamatan lapangan terbang kekal di bawah tanggungjawab agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, MAQIS Malaysia (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia.

“Ini termasuk kawalan keluar masuk warganegara asing di bawah tanggungjawab Jabatan Imigresen manakala pihak luar tidak boleh campur tangan.

“Tuduhan bahawa orang asing akan mengambil alih menguasai lapangan terbang negara tidak benar sama sekali.

“Semua lapangan terbang negara kekal milik kerajaan sementara MAHB berperanan sebagai operator atau pengendali lapangan terbang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Kamar Khas di Dewan Rakyat sebagai mengulas penjualan saham MAHB kepada Global Insfrastructure Partners (GIP).

Lapor Bernama, mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata kerajaan juga akan terus memegang saham khas atau ‘golden share’ dalam MAHB.

Berdasarkan hak saham khas itu juga, kata beliau, hanya kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik pengerusi dan pengarah urusan MAHB dengan kedua-duanya adalah warganegara Malaysia.

“Oleh itu, tidak berbangkit seperti yang didakwa bahawa kerajaan menjual saham MAHB kepada pelabur asing.

“Rakan konsortium asing iaitu GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) hanya akan memegang saham minoriti MAHB sebanyak 30 peratus.

“MAHB kekal dikawal oleh kerajaan,” kata Amir Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat