BN juga tumbang angkara politik kebencian – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Politik kebencian yang pernah dimomok-momokkan dalam beberapa siri Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini bukan sekadar menyebarkan propaganda jahat tetapi juga menjadi punca Barisan Nasional (BN) tumbang pada tahun 2018.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi berkata, meskipun menjadi mangsa politik kebencian namun BN tidak terganggu dengan politik kebencian dan memilih untuk jalan terus.

“Kita pernah dengar kononnya 40,000 pengundi hantu diimport guna 16 penerbangan khas setiap hari masa PRU-13.

“PRU-14 timbul pula cerita wujud pengundi hantu Bangladesh.

“Ada juga yang mengaku kerja dia ialah menghasut. Apakah itu bukan politik kebencian?

“BN pun jalan terus walau pernah jadi mangsa politik kebencian. BN tidak mungkin tumbang tanpa politik kebencian,” tegas Puad.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan persekitaran politik negara dipenuhi dengan kebencian yang terlalu menebal.

Menurut Anwar, pelbagai pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan sering dijadikan isu politik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, menurut Puad, politik kebencian tidak menggunakan fakta dan perkara itu semakin sebati serta menjadi budaya di negara ini.

Speaker DUN Johor itu menambah, Perdana Menteri wajar dipuji kerana tidak terganggu dengan pelbagai hasutan politik kebencian.

“Perdana Menteri memang betul. Fakta tolak tepi. Itulah politik kebencian tetapi budaya ini diguna pakai tanpa sempadan oleh semua pihak.

“Ada juga yang mengaku kerja dia ialah menghasut. Apakah itu bukan politik kebencian? Perdana Menteri wajar dipuji kerana tidak terganggu dengan politik kebencian. Jalan terus,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat