PKPD: Annuar arah tanggal kawat duri di PPR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tegas mengarahkan pihak berkuasa menanggalkan kawat duri yang dipasang di kawasan PKPD.

Menurut beliau pemasangan kawat berduri yang merentasi tangga flat tidak dibenarkan dan tindakan itu melanggari ‘building by law’.

“Tidak dibenarkan pasang kawat duri di tangga rumah pangsa kawasan PKPD.

“Arahan buka serta merta telah dikeluarkan, harap maklum,” ciap Annuar di Twitter.

Terdahulu media melaporkan pemasangan kawat berduri di tangga Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas dilaksanakan bagi mengelakkan penghuni keluar masuk dari blok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Ashari Abu Samah berkata, terdapat kekeliruan yang timbul apabila gambar kawat duri di laluan tangga tersebut disebarkan kerana penduduk berasa bimbang jika berlaku kecemasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat