Persekutuan Pengilang Gesa Kerajaan Kaji Semula Nilai Ambang Pelan Pemulihan Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mencadangkan kepada kerajaan untuk mengkaji semula tiga nilai ambang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tindakan penting lain untuk peralihan yang lebih cepat kepada Fasa Dua Kawalan Pergerakan.

Persekutuan turut menggesa pembukaan lebih banyak sektor untuk mengurangkan kerosakan kepada perniagaan dan ekonomi serta tindakan khusus untuk kawasan yang telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ia mencadangkan kerajaan melaksanakan ujian saringan secara besar-besaran terhadap semua orang termasuk pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin semasa PKPD selama dua minggu yang akan berakhir pada 16 Julai.

FMM turut menggesa janji temu vaksinasi disahkan untuk semua di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) supaya industri yang terjejas dapat memulakan semula operasi selepas tempoh PKPD.

“Bagi mengurangkan impak terhadap industri dan ekonomi, negeri/kawasan yang mencatatkan kes rendah dan terkawal perlu dibenarkan untuk beroperasi tanpa sebarang perbezaan antara sektor perlu dan bukan perlu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Persekutuan turut menggesa strategi yang komprehensif untuk vaksinasi pekerja asing tanpa izin berikutan mereka akan menjejaskan pencapaian imuniti kelompok jika tidak divaksinasi.

“Sementara menunggu imunisasi selesai, teruskan dengan ujian saringan secara besar-besaran untuk orang awam termasuk pekerja asing, terutamanya yang tanpa izin, berikutan ujian saringan secara besar-besaran terbukti menjadi pendekatan yang amat berkesan untuk mengesan kes positif dan melaksanakan protokol pengesanan, pengasingan dan rawatan yang diperlukan,” katanya.

FMM berkata strategi dan pelan tindakan yang komprehensif diperlukan untuk mengatasi kemungkinan peralihan pandemik COVID-19 kepada endemik dan cara penduduk untuk menghadapinya.

Selain itu, katanya syarikat dengan kelulusan daripada Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah mod siap siaga perlu dibenarkan untuk terus beroperasi pada kapasiti 10 peratus di bawah PKPD berikutan kosnya amat mahal untuk mematikan dan menghidupkan mesin dan peralatan.

Kerajaan juga perlu meningkatkan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) daripada menunggu penggunaan katil ICU berkurangan kepada paras sederhana.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,574FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat