“Tiada Halatuju Yang Jelas” – Pemuda UMNO Kota Raja Sudah Jangka Pengunduran Tengku Zafrul

- Advertisement -

SHAH ALAM  – Kepimpinan UMNO Bahagian Kota Raja tidak terkejut dengan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar daripada UMNO, memandangkan perkara itu telah dijangka sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin, pemakluman awal oleh Tengku Zafrul sendiri sudah cukup untuk memberi ruang kepada barisan kepimpinan UMNO Kota Raja membuat persediaan dari segi mental dan organisasi.

“Kami di Kota Raja benda ini sudah dijangka. Tak terkejut pun sebab dia pun dah maklumkan tiga empat bulan sebelum letak jawatan. Cuma rasa kecewa itu memang ada,” katanya sewaktu sidang media yang bertempat di Bangunan UMNO Selangor.

Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Kota Raja itu adalah yang pertama selepas lebih setahun tidak bersidang, dan mesyuarat itu berjalan dengan baik dan telah memanggil semua AJK bahagian untuk meneliti hala tuju parti selepas pengunduran Tengku Zafrul.

“Akhirnya hari ini kita telah jalankan satu mesyuarat dan tak ada apa-apa yang mengejutkan. Bahagian kita akan berjalan seperti biasa,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Abdul Raof Mokhtar , akan memangku jawatan Ketua Bahagian buat masa ini sementara menunggu pengumuman rasmi.

Menyentuh prestasi kepimpinan Tengku Zafrul sebelum ini, beliau menyatakan beberapa kekangan yang dihadapi sepanjang tempoh tersebut, termasuk kelewatan dalam mengadakan program dan mesyuarat bahagian.

“Nak buat program pun kena tunggu tarikh dia. Macam-macam mesyuarat pun tertangguh sebab nak tunggu dia ada. Jadi itu antara kekangan kami,” jelasnya.

Beliau juga menyindir kenyataan Tengku Zafrul sebelum ini yang mendakwa UMNO Selangor tiada halatuju, sambil menyifatkan dakwaan itu tidak mencerminkan realiti sebenar di peringkat bahagian.

“Seperti mana yang dia maklum ketika letak jawatan Bendahari UMNO Selangor, kononnya tiada halatuju… Tapi sebenarnya di Kota Raja sendiri, di bawah pimpinan beliau pun tak ada halatuju yang jelas,” tegasnya.

UMNO Kota Raja kini dilihat bersedia melangkah ke fasa baharu dengan struktur organisasi yang lebih tersusun dan fokus kepada pengukuhan jentera parti di peringkat akar umbi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat