Oleh Zihan Zari
JOHOR BAHRU – Pasukan e-sport Politeknik Malaysia yang diwakili oleh 5 atlet Politeknik Ungku Omar (PUO) melakar nama apabila menjuarai Kejohanan Southern Uni Star e-Sports Tournament 2025.
Kelima-lima mereka, Harriz Ashman Mohamad Razid; Muhammad Aliff Haiqal Adnan; Muhammad Danish haikal Rahizi; Muhammad Akmal Harith Alias; dan Muhammad Diny Darwisy Zamri telah menewaskan pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kemenangan 2-1 iaitu perlawanan Best of 3.
Kejohanan ini yang dianjurkan oleh Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
dengan kerjasama strategik daripada syarikat telekomunikasi Maxis Broadband Sdn. Bhd., Oppo, Realme Vivo, dan AEON Mall Tebrau City telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berlangsung di AEON Mall Tebrau City, dekat sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Ketua Wilayah Selatan Maxis, Mazlan Mokhtar; dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UTHM, Sr. Dr. Anuar Mohd Salleh.
Pasukan Politeknik Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai RM3000, bersama Mock Cheque, Piala, medal, sebuah handphone serta Jaket Limited Edition daripada Hotlink.
Sebanyak 64 pasukan yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dari seluruh negara telah menyertai kejohanan ini dan menjadikannya antara pertandingan e-sukan antara universiti yang terbesar di peringkat kebangsaan.
Penganjurannya bukan sahaja mencungkil bakat baharu dalam arena e-sukan, malah kejohanan ini turut memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti, industri dan komuniti setempat.-SUARA.TV