Tiada gangguan bekalan ubat di pasaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu terdapat peningkatan permintaan bagi beberapa jenis ubat-ubatan seperti produk dengan bahan aktif paracetamol, vitamin C serta ubat batuk dan selsema untuk kegunaan kanak-kanak.

Namun, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Norhaliza A Halim menjelaskan, tiada gangguan bekalan ubat di pasaran kerana kebanyakan produk mempunyai alternatif dari pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi yang sama.

“Kekurangan bekalan dikatakan melibatkan ubat-ubatan untuk rawatan demam, selsema dan batuk, sakit tekak, antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat-ubatan bagi mengurangkan gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

“KKM melalui Program Perkhidmatan Farmasi telah mengadakan perjumpaan dengan pihak industri farmaseutikal, iaitu Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysia Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) pada 2 Jun 2022,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, dalam kenyataan yang sama beliau memberitahu pihak pengilang juga telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Kementerian juga katanya sedang mendapatkan maklumbalas lanjut daripada pihak industri berhubung status sebenar bekalan ubat-ubatan yang dihasilkan di Malaysia atau diimport serta isu-isu yang berkaitan dengannya.

“Pemantauan yang ketat dan penyelesaian terhadap setiap isu yang dialami akan diteliti melalui komunikasi berterusan antara KKM dan pihak industri farmaseutikal bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat