Sukar Bekerjasama, Warisan Sengaja Jauhkan Diri – PH Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) Sabah dan Parti Warisan (Warisan) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menjadi semakin sukar kerana Warisan dilihat semakin menjauhkan diri.

Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata, bukannya PH Sabah tidak mahu bekerjasama tapi, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Warisan sebelum ini jelas menunjukkan mereka menolak PH.

“Mereka (Warisan) yang menjauhkan diri daripada kita, bukan PH yang menjauhkan diri daripada mereka.

“Apabila ini berlaku maka, kami perkukuhkan pakatan kami seperti mereka selalu cakap, mereka mahu perkukuhkan parti sendiri. Kata kunci di sini adalah mereka yang dilihat menjauhkan diri daripada PH,” katanya ketika mengulas tentang kemungkinan kerjasama PH Sabah bersama Warisan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang itu berkata, pintu PH masih terbuka dan mereka bersedia untuk menerima Warisan sekiranya parti itu ingin kembali bekerjasama dengan PH Sabah.

Warisan boleh kembali pada bila-bila masa biarpun mungkin akan mengambil sedikit masa untuk diterima namun, pintu PH Sabah masih terbuka.

Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick turut senada dengan Jin Zhe yang menyatakan semakin sukar bekerjasama dengan Warisan susulan kritikan yang dilemparkan oleh Warisan terhadap PH susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani.

“Kerjasama ini semakin sukar kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat dan saya khuatir kerana yang memerlukan sokongan ini, Warisan juga perlukan sokongan UPKO, PKR dan DAP.

“Malah, dalam beberapa kawasan mereka bertanding dan mempunyai ahli Parlimen sekarang, sukar untuk mereka pertahankan kerusi itu.

“Pada saya mungkin kenyataan-kenyataan mereka (Warisan) akan menyebabkan mereka kehilangan kawasan mahupun kerusi yang dimenangi pada PRU lepas,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat