Tak Puas Hati Proses Pemilihan, Rafizi Luah Hasrat Letak Jawatan?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR,- Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dilaporkan telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan susulan rasa tidak puas hati terhadap proses pemilihan parti yang dianggap bermasalah.

Menurut laporan MalaysiaGazette, Rafizi meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan tertutup bersama penyokongnya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 23 April lalu. Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, beliau kemudiannya memohon cuti selama sebulan dan diluluskan oleh Perdana Menteri.

“Beliau mohon cuti, saya luluskan. Cuti sebulan biasa. Dia akan kembali pada 31 Mei,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengulas perkembangan tersebut.

Langkah Rafizi bercuti dipercayai berkait rapat dengan ketegangan dalaman parti susulan pemilihan cabang PKR yang dikritik kerana didakwa tidak telus. Beberapa pemimpin utama parti, termasuk Rafizi sendiri, tewas dalam pemilihan tersebut, mencetuskan persoalan mengenai integriti sistem e-undi yang digunakan.

Sebagai usaha pembetulan, Rafizi mencadangkan agar sistem pemilihan parti diaudit oleh sebuah firma luar negara. Laporan audit itu dijangka siap awal Mei. Beberapa cabang turut mengadakan pemilihan semula termasuk di Selayang, Jempol, dan Pasir Salak yang menyaksikan perubahan keputusan.

Sementara itu, tarikh pencalonan untuk Majlis Pimpinan Pusat PKR telah ditunda daripada 3 dan 4 Mei kepada 8 dan 9 Mei bagi memberi ruang kepada semakan semula sistem dan pelaksanaan audit.

Walaupun Anwar menegaskan tiada isu berbangkit tentang kedudukan Rafizi dalam kerajaan, pemerhati politik melihat langkah ini sebagai isyarat kepada krisis keyakinan dalam kepimpinan parti.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat