JSJN Bukit Aman Rampas RM32.8 Juta Aset Milik Sindiket Dadah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM32.8 juta pelbagai jenis aset milik sindiket pengedaran dadah disita Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sejak Januari hingga April.

JSJN dalam satu hantaran menerusi Facebook rasmi pasukan itu berkata, sebanyak 118 sindiket berjaya ditumpaskan membabitkan 366 tangkapan, termasuk pembongkaran empat makmal dadah sepanjang tempoh itu.

Menurutnya, seramai 62,132 individu ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB), Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

“Tindakan itu diambil bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di Malaysia. Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 25,331 kertas siasatan dibuka dan daripada jumlah itu 22,753 kertas siasatan berjaya dituduh dengan peratus pertuduhan adalah 89.82%,” menurut hantaran itu hari ini.

JSJN berkata, seramai 2,669 penagih tegar dengan rekod kesalahan dadah berulang ditahan dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39C ADB 1952 manakala 1,533 individu sudah disabitkan kesalahan.

Selain itu, katanya, 188 penjawat awam ditahan di seluruh negara kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah dari Januari hingga April.

“Empat daripadanya ditahan mengikut Seksyen 3(1) ADB, Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

“Sepanjang tempoh itu juga, 25,331 kertas siasatan dibuka dan daripada jumlah berkenaan 22,753 kertas siasatan berjaya dituduh dengan peratus pertuduhan adalah 89.82 peratus,” katanya.

Sementara itu katanya, hasil serbuan dan operasi di seluruh negara, pihak polis berjaya merampas 7,917 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dan 1,379 liter pelbagai jenis cecair dadah.

“JSJN menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan anda, sila salurkan ke Hotline JSJN di talian 012-208 7222,” katanya. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat