Sikap Polis Tunduk Kemahuan Orang Politik Kerana Tabiat Terlalu Hormat Pemimpin – Mahathir

- Advertisement -

PETALING JAYA – Sikap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sering tunduk kepada kemahuan orang politik menyebabkan mereka sering dipergunakan demi tujuan kepentingan pihak berkuasa.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu sudah menjadi tabiat masyarakat dan bukan sahaja membabitkan warga PDRM tetapi juga anggota perkhidmatan kerajaan lain apabila terlalu ‘tunduk’ kepada orang politik sehingga sering dipijak.

“Sebenarnya polis diberi kebebasan dan tiada campur tangan politik, tetapi tabiat orang kita terlalu hormat kepada pemimpin (orang politik). Benda tak patut ikut, mereka ikut.

“Ini kelemahan mereka dan ia memberikan peluang kepada orang politik untuk kuasai mereka. Ini tidak patut berlaku, tetapi sudah menjadi tabiat orang kita,” katanya dalam wawancara bersama Dialektika TV yang disiarkan melalui Facebook hari ini.

Dr. Mahathir menjawab soalan oleh hos Sayed Munawar Sayed Mustar mengenai campur tangan politik terhadap institusi politik yang berakar umbi sejak sekian lama bahkan dikatakan berlaku sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini mendakwa berlaku campur tangan politik dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu tidak sepatutnya berlaku dan juga menyifatkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin dicemari ‘unsur politik’.

Beliau mendedahkan sedemikian pada sidang media terakhir sebagai Ketua Polis Negara.

Selain itu, Abdul Hamid turut menyifatkan SPP yang dipengerusikan Hamzah telah dicemari ‘unsur politik’ dan menteri tidak sepatutnya campur tangan dalam pengurusan polis dan amalan itu harus dielakkan. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat