Tiada Kemasukan Warga Asing Dalam Tempoh PKPB – Ismail Sabri

- Advertisement -

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan tiada kemasukan warga asing dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula esok.

“Penerbangan antarabangsa hanya dibenarkan membawa pulang warga Malaysia dan menghantar pulang warga asing. Warga Malaysia yang pulang akan dikuarantin 14 hari seperti mana peraturan PKP sedia ada.”

Beliau menjawab demikian ketika diminta memberi maklum balas mengenai laporan portal Astro Awani “Sektor penerbangan kini dibuka: Ini senarai garis panduan yang perlu dipatuhi” yang hanya menyatakan kaedah pengurusan (SOP) manusia di lapangan terbang tanpa menyatakan dengan jelas proses saringan dan ujian yang perlu dilalui.

Penelitian ke atas SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan juga tidak menyatakan dengan jelas mengenai kemasukan antarabangsa melalui lapangan terbang.

Kementerian hanya menegaskan tiada warga asing dibenarkan masuk ke Malaysia dalam bahagian SOP perkhidmatan Feri.

Menurut Ismail Sabri PKP sedia ada masih beroperasi justeru tiada warga asing dibenarkan masuk, manakala warga tempatan yang pulang perlu menjalani kuarantin dan ujian kesihatan.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat