Turkiye rangka 5 laluan alternatif pintas Selat Hormuz jika krisis minyak, gas berpanjangan

ANKARA – Turkiye merangka lima laluan alternatif untuk bekalan minyak dan gas memintas Selat Hormuz, jika krisis berpanjangan di Asia Barat, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik media Turki hari ini.

Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi berkata, rejim baharu untuk Selat Hormuz, akan menetapkan peraturan bagi laluan kapal tentera dan komersial, sambil menambah bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan kemungkinan tarif.

Sehubungan itu, Turkiye merangka lima laluan sebagai alternatif membabitkan gabungan koridor darat dan laut, lapor akhbar Turkiye.

Laluan berkenaan melalui Iraq dan Syria, koridor Suez-Laut Merah dan terdapat juga pilihan membabitkan Oman, menurut laporan itu.
Laluan yang lebih panjang di sekitar Afrika juga dipertimbangkan, tambahnya.

Kepelbagaian laluan penghantaran berkenaan bertujuan mengurangkan risiko gangguan bekalan, lapor akhbar itu.

Pada 28 Februari lalu, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran, termasuk di Tehran, menyebabkan kerosakan dan korban awam.

Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat, termasuk di Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Ketegangan di sekitar Iran telah membawa kepada sekatan de facto Selat Hormuz, laluan utama untuk penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara Teluk Parsi ke pasaran global, melonjakkan harga tenaga.– BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat