Kajian: 21 Peratus Pilih Ismail Sabri Jadi PM, Hanya 4 Peratus Mahukan Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Meskipun populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat meningkat kebelakangan ini namun, hanya empat peratus pengundi mahu beliau kembali menerajui negara.

Maklumat itu dikongsi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendakwa, data berkenaan merupakan dapatan kajian yang dilakukan pada akhir Februari lepas.

Bahkan, dakwa Rafizi, Ahli Parlimen Pekan itu merupakan pilihan terakhir selepas lima tokoh politik lain termasuk seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Empat nama yang lain ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Walaupun dia (Najib) cukup perasan (Najib) dia cukup popular tapi 4 peratus sahaja pengundi yang rasa nak Najib kembali.

“Datuk Seri Ismail Sabri merupakan individu paling tinggi menerima undian iaitu sebanyak 21 peratus,” kata Rafizi dalam temubual bersama SkopMG.

Menurut Rafizi lagi, kajian tersebut melibatkan 2,500 responden dan diadakan pada setiap bulan.

Rafizi turut mendakwa, keputusan 60 peratus responden menolak nama-nama besar tokoh politik itu, menunjukkan pengundi mahu pembaharuan di dalam kepimpinan negara.
Berdasarkan dapatan kajian itu juga, Rafizi berpendapat, proses peralihan generasi dari aspek politik negara akan mengambil masa yang panjang.

“Ini kerana kita mewarisi sistem politik satu parti selama 60 tahun lebih. Corak dan proses menjadi Perdana Menteri telah dipengaruhi sekian lama oleh hierarki dalam UMNO,” ujarnya.

Perang mulut antara Najib dan Rafizi semakin panas sejak kebelakangan ini terutamanya selepas bekas Ahli Parlimen Pandan itu mengumumkan untuk kembali dalam arena politik negara.

Keadaan semakin hangat apabila kedua-duanya mula berbicara perihal situasi semasa melanda Sapura Energy Bhd(SEB).

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,500FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat