Denda RM50,000 Jika Potong Giliran Suntikan Vaksin Covid – Dr Adham

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mana-mana individu yang didapati memotong giliran suntikan vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dikenakan penalti denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara hingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Memetik laporan Utusan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, penguatkuasaan akan dibuat mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang akan berkuat kuasa 11 Mac ini.

Dr Adham berkata, pihaknya boleh menggunakan Seksyen 31 yang memberi punca kuasa untuk pengenaan penalti mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan dalam akta berkenaan.

“Peraturan bawah subseksyen baharu ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan dalam Akta 342 menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

“Kita ada Seksyen 21A yang dipanggil peruntukan baharu, (memberi) kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan, membolehkannya mengeluarkan apa-apa cara, cara yang hendak dibuat.

“Sebagai contoh, seseorang dijadualkan mengambil pelalian tetapi mereka tidak datang (tanpa alasan munasabah) atau kita sudah beri nama untuk mendapat suntikan pada tarikh tertentu tetapi dia tiba-tiba potong giliran,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini Kementerian Kesihatan belum menerima laporan rasmi membabitkan mana-mana individu yang didakwa memotong giliran untuk mendapatkan vaksin.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham memberitahu, Sijil Vaksinasi Pintar atau ‘Smart Vaccination Certificate’ akan diperkenalkan sebagai pengenalan khas untuk mereka yang sudah disuntik vaksin Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat