Yazmin dibuli tidak fasih berbahasa Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hanya disebabkan kurang fasih berbahasa Melayu, personaliti TikTok, Yazmin Aziz, 19, pernah menjadi mangsa buli ketika di sekolah.

Bukan setakat disindir, malah gadis kacukan Melayu-Filipina itu turut dikasari rakan sekolah seperti diludah, disepak dan ditendang.

Bagaimanapun, gadis yang fasih berbahasa Tagalog itu menjadikan penyanyi dan komposer, Mark Adam yang berasal dari Filipina sebagai inspirasi apabila kelemahannya dijadikan bahan jenaka.

“Saya tidak mahu tertekan atau terlalu mengenang yang pernah menimpa ketika sekolah. Saya dengar, kata-kata Mark menjadikan kelemahan bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahan jenaka.

“Apabila ada orang ingin mentertawakan kekurangan, saya akan tertawa, cuba tak ambil hati dan memandang serius perkara ini,” katanya kepada BH Online.

Mula mengubah pemikiran selepas bertemu dengan Mark, Yazmin berkata, dia menjadi seorang yang lebih positif dan tidak mudah memikirkan soal remeh.

Gadis yang pernah menetap selama lima tahun di Filipina dan United Kingdom (UK) itu adalah antara peserta program realiti, Big Stage yang bakal memulakan siaran pada 6 Februari ini.

 

Yazmin mengubah pemikiran selepas bertemu dengan Mark Adam, sekali gus menjadi seorang lebih positif dan tidak mudah memikirkan soal remeh. - Foto IG Yazmin Aziz
Yazmin mengubah pemikiran selepas bertemu dengan Mark Adam, sekali gus menjadi seorang lebih positif dan tidak mudah memikirkan soal remeh. – Foto IG Yazmin Aziz

 

Yazmin mula meraih perhatian selepas mendendangkan semula lagu Sakit nyanyian asal Yonnyboii dan Zynakal yang meraih 100,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Meminati bidang nyanyian sejak kecil, Yazmin yang bergerak sendiri dalam bidang muzik sudah memiliki beberapa single, antaranya Lihatlah, Cold Rainy Days, Heart & Soul dan Soul Connection.

Menyentuh pesaing dalam program realiti, Big Stage yang rata-ratanya berpengalaman dalam bidang nyanyian, Yazmin berkata, dia mengambil soal persaingan sebagai cabaran.

“Saya menganggap ia sebagai cabaran dan ingin memberikan persembahan terbaik, setiap minggu. Cuma, saya menyesal memakai pendakap gigi kerana tidak sangka akan terpilih menyertai program realiti ini.

“Saya ingin menyanyikan lagu-lagu popular yang mencerminkan tradisi di Filipina. Itu kelainan yang bakal disajikan kepada juri dan penonton,” katanya.

Terdahulu, Yazmin pernah mengharumkan nama negara apabila meraih pingat perak Anugerah Khas, Anugerah Penghargaan Industri, World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Long Beach, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2017.

Selain Yazmin, program realiti, Big Stage 2022 turut disertai Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat