PRN Johor: BERSATU Tidak Ambil Mudah Pertambahan Pengundi Baharu -Wan Saiful

- Advertisement -

MUAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengakui tidak ambil mudah dengan pertambahan bilangan pengundi baharu, termasuk pengundi muda menerusi Undi18.

Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pertambahan angka pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat boleh memberi perubahan besar dalam landskap politik negeri itu.

Beliau berkata, rentetan itu, Bersatu memberi tanggungjawab penuh kepada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) untuk mengatur strategi dalam meraih mandat golongan berkenaan.

“Selama mungkin ada parti yang boleh kata dia selesa, dia ada pengundi tegar, dia yang macam mana pun dia akan undi parti itu, tapi dengan anak muda ini dia tak boleh nak baca.

“Ada kemungkinan undi A ada B, ada kemungkinan tak mengundi.

“Ini satu cabaran kepada parti politik dan kita daripada Perikatan Nasional (PN) telah berbincang beberapa minggu lepas mengenai beberapa perkara yg kita akan lakukan.

“Amanah yang paling berat dalam mendekati pengundi muda kita serahkan kepada Armada ataupun sayap pemuda dalam PN, jadi ini tanggungjawab yang saya pasti akan dipenuhi syarat pemuda kita,” kata Wan Saiful.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan jelajah penerangan isu semasa di Parit Haji Ali, di sini, pada Rabu malam.

Untuk rekod, jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan pertambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

Wan Saiful, dalam pada itu, mengharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi situasi menang-menang dalam meneliti kaedah berkempen pada PRN nanti.

Ini kerana, jelasnya, kaedah ceramah dan kempen rumah ke rumah masih lagi dilihat sebagai kaedah paling berkesan dalam menyampaikan mesej semua parti politik terlibat.

-ASTRO AWANI

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat