PAS Tidak Mahu Diperbodohkan Dengan Politik Sempit UMNO – Abdul Hadi

- Advertisement -

CYBERJAYA: UMNO masih membawa pendekatan ‘asabiyyah’ Melayu dan meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi menegaskan, PAS tidak akan sesekali diperbodohkan dengan politik sempit dibawa oleh UMNO yang meminggirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Semua mengetahui mengapa UMNO mahukan PAS sahaja dan PAS sekali-kali tidak boleh diperbodohkan dalam politik yang sempit.

“Dalam pendekatan yang berjaya menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, Pas terlebih dahulu mengadakan hubungan dengan BERSATU yang ketika itu masih berada dalam kerajaan, sebelum UMNO turut bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 baru sahaja berlangsung.

“Demikian itu disebabkan oleh kedudukan sebahagian pemimpin BERSATU sebelumnya bersama UMNO yang bertindak keluar daripada parti itu, ketika UMNO sedang bermasalah dalam pentadbiran kerajaannya sehingga jatuh kerajaan itu,” kata Abdul Hadi menerusi Catatan Minda Presiden di Facebooknya pada Rabu.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, selain daripada menolak untuk bersama Pakatan Harapan (PH) disebabkan hala tujunya yang salah, partinya juga memilih untuk tidak bersama UMNO melalui pendekatan BN yang telah ‘bocor bahteranya’ kerana Pas tidak mahu tenggelam bersama gabungan tersebut.

Pada masa sama, Abdul Hadi juga berkata, adalah terang lagi bersuluh pada ketika ini bahawa Pas mahu mengembalikan UMNO ke pangkal jalan perpaduan Melayu dan agama mengikut acuan Islam.

“Pada masa yang sama, (Pas) tidak meninggalkan mana-mana golongan yang tercicir dan bersama masyarakat majmuk dalam gagasan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) bersama Bersatu,” ujarnya.

Pas dan UMNO yang sebelum ini membentuk satu kerjasama dan mementerai piagam dinamakan Muafakat Nasional (MN) atas nama perpaduan Melayu dan Islam.

MN yang diasaskan oleh dua parti terbesar orang Melayu pada 2019 itu tidak dapat bertahan lama setelah Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) yang membentu kerajaan pada Mac 2020.

Disebabkan keputusan menyertai PN dan pada masa sama masih mahu mengukuhkan MN, banyak pihak termasuk pemerhati politik melabelkan Pas sebagai ‘bermain banyak kolam’.

Namun perkembangan mutakhir ini memperlihatkan Pas lebih selesa bersama Bersatu dalam PN berbanding dengan UMNO menerusi MN.

Beberapa pemimpin Pas mendakwa kegagalan MN adalah disebabkan sikap sesetengah pemimpin UMNO yang dilabelkan dengan ‘Kluster Mahkamah’dan ‘Kluster Tanpa Jawatan’.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat