MB Selangor Minta Maaf Mangsa Banjir Lambat Terima Bantuan Tunai

- Advertisement -

SHAH ALAM – Selepas ruang komen akaun media sosial Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dibanjiri keluhan mangsa banjir yang menantikan Bantuan Selangor Bangkit (BSB), beliau tampil memohon maaf kerana kelewatan penyerahan bantuan tunai itu khususnya di daerah Petaling dan Klang yang paling terjejas.

Amirudin pada sidang media berkata, kelewatan penyaluran BSB khususnya di dua daerah berkenaan berpunca daripada permohonan yang sangat tinggi dengan Klang sahaja merekodkan 77,000 permohonan.

Jelasnya, semakan bagi setiap permohonan juga mendapati terdapat permohonan lebih sekali yang memerlukan tambahan masa untuk proses semak semula.

“Saya ingin maklumkan sejumlah permohonan di Petaling dan Klang yang masih belum menerima bantuan BSB, malah ada juga yang datang ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk suarakan ketidakpuashatian mereka terhadap proses dan bantuan lambat.

“Saya nak nyatakan maaf sebab kelewatan yang berlaku…kerajaan negeri mendapati pertambahan kes permohonan yang tinggi di Klang dan Petaling serta permohonan lebih sekali oleh ahli-ahli keluarga selain ketua isi rumah,” katanya.

Katanya, Pejabat Daerah kini dalam peringkat akhir pemutihan data untuk mengelakkan pertindihan serta memastikan kesaksamaan dan keadilan bantuan kepada mangsa.

Bagi daerah Klang, masih terdapat baki 30,000 permohonan yang masih belum diselesaikan manakala bagi daerah Petaling terdapat baki 10,000 hingga 12,000 permohonan belum diproses.

Amirudin sudah mengarahkan Pegawai Daerah lain untuk bantu mempercepatkan proses di Klang, dalam usaha menggandakan pemberian bantuan kepada 2,000 hingga 3,000 penerima setiap hari.

“Esok sahaja seramai 3,800 keluarga di Klang akan menerima BSB selepas tertangguh beberapa hari akibat cuti umum Tahun Baru Cina,” katanya.

Setakat ini 55,425 keluarga melibatkan sembilan daerah di Selangor telah menerima bantuan BSB berjumlah RM1,000, manakala 13 keluarga yang kehilangan ahli keluarga menerima sumbangan RM10,000.

“Jumlah keseluruhan bantuan mangsa banjir sebanyak RM55.555 juta,” katanya.

Setakat ini, BSB merekodkan 109,000 permohonan dengan sebahagian besar dari Klang dan Petaling.

Amirudin memberi komitmen bahawa bantuan akan disalurkan kepada semua penerima selewat-lewatnya pada hujung Februari. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat