Isa Samad Didapati Bersalah 9 Pertuduhan

CYBERJAYA – Tan Sri Isa Samad didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta.

Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, kesalahan itu berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching.

Katanya, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikenakan ke atas tertuduh.

Mohd Nazlan dijangka menyampaikan keputusan hukuman ke atas Isa tidak lama lagi.

Isa Samad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa atas pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090.000 daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties menerusi bekas pegawai khasnya, Datuk Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Invesment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, antara 21 Juli 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala peguam Datuk Salehuddin Saidin mengetuai barisan pembelaan.
Advertisment

Topik Hangat

Istana Negara Turunkan Poster?

KUALA LUMPUR - Istana Negara telah menurunkan poster yang memaparkan gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Parlimen perlu diadakan...

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

Berita Berkaitan

137 Pelajar Tingkatan 5 SMK Sg Koyan Terima Peranti Digital

  SUNGAI KOYAN: Seramai 137 pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaaan Sungai Koyan, Kuala Lipis menerima laptop untuk Pengajaran dan. Pembelajaran di Rumah (PdPR) daripada...

Zahid Panggil Biro Politik UMNO Mesyuarat Esok

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka memanggil Biro Politik UMNO bermesyuarat pada Ahad, esok. Menurut sumber SuaraTV,  mesyuarat esok yang...

Ibadah Korban Dibenarkan Di Perlis Dengan Pematuhan SOP

KANGAR: Perlis membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan. Raja Muda...