Isa Samad Didapati Bersalah 9 Pertuduhan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tan Sri Isa Samad didapati bersalah terhadap sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta.

Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, kesalahan itu berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching.

Katanya, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes yang dikenakan ke atas tertuduh.

Mohd Nazlan dijangka menyampaikan keputusan hukuman ke atas Isa tidak lama lagi.

Isa Samad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa atas pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3,090.000 daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties menerusi bekas pegawai khasnya, Datuk Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Invesment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, antara 21 Juli 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan menurut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala peguam Datuk Salehuddin Saidin mengetuai barisan pembelaan.
author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat