Dua jawatan utama tak perlu dipertandingkan, tiada siapa lebih layak ganti Zahid- Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno hanya akan membawa perpecahan dan menggugat perpaduan ketika Umno dalam proses pemulihan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan, usah jadikan alasan Umno tidak menang besar pada PRU15 lalu sebagai dalih untuk tukar Presiden dan Timbalan kerana kekalahan lepas bukan milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan sahaja tapi mesti dipikul bersama semua orang.

Katanya ia berpangkal daripada pemimpin peringkat negeri, bahagian dan cawangan. Sebaiknya semua orang muhasabah diri, jadikan kekalahan itu sebagai pedoman dan pengajaran untuk kembali bekerja bagi memenangi hati pengundi serta menyerang balas pihak lawan.

“Saya nak ingatkan ahli Umno supaya tak terpedaya dengan sesetengah ahli Parlimen Umno yang menang bawah tiket Umno tapi selepas menang melupakan parti. Macam kacang lupakan kulit seperti ramai ahli Parlimen Umni yang melompat dan lebih teruk lagi ahli Parlimen yang khianat kepada parti dengan bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Sebab itulah saya rasa untuk apa jawatan Presiden dan Timbalan ini tak payahlah nak lawan-lawan. Baik kita fokus kepada macam mana nak kukuhkan kembali Umno dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat selepas parti difitnah teruk selama ini. Lagipun dengan kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah merupakan platform terbaik untuk mendekati dan membina semula keyakinan penduduk luar bandar terhadap keupayaan Umno membela rakyat.

“Kalau nak buat pertandingan pun, kita nak angkat siapa jadi Presiden baru? Kita nak harapkan orang pengecut yang paling awal lari lintang pukang selepas Umno kali pada PRU14 dulu? Kita nak bergantung kepada orang yang gagal jadi PM9 atau kita nak serahkan nasib parti kepada orang yang sibuk jadi broker yang selama ini nak jual maruah Umno kepada parti lawan? soal Nur Jazlan dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau tiada individu yang layak mengemudi Umno selain Zahid dan mengingatkan agar ahli Umno tidak bertindak mengikut nafsu.

“Atau adakah kita nak pilih seorang individu yang bergegar-gegar mahu gantikan tempat Presiden ketika berceramah di pentas kempen PRU15 lepas tapi akhirnya kalah di negeri liberal. Sudahlah dia sendiri ditolak di negeri sendiri, lepas itu diberi peluang pula bertanding di negeri lain kononnya dia cukup popular tapi tumbang juga.

“Kita kena fikirkan banyak benda sebelum nak ikut emosi. Cakap nak tukar pemimpin memang senang tapi nak pastikan pemimpin yang baru angkat itu dapat bela nasib parti, belum tentu.

“Sekali lagi saya tegaskan saya menyokong penuh usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan demi perpaduan dan ke arah usaha pemulihan sokongan terhadap Umno,” saran Nur Jazlan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat