Bilik Simpanan Langsir Wisma Jakel Pula Terbakar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik simpanan kain langsir di bangunan Wisma Jakel di Seksyen 7 Shah Alam, terbakar awal pagi Selasa.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam.

Menurutnya, seramai 43 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Kota Anggerik, Puchong, Damansara, Sungai Pinang, Petaling Jaya dan Kota Raja dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pada jam 1.45 pagi sebelum api berjaya dipadam pada jam 3.07 pagi,” katanya lapor Sinar Harian pada Selasa.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kebakaran tersebut.

Ini merupakan kebakaran kedua selepas Wisma Jakel musnah 80 peratus pada 1 Januari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat