AFF2022: Ribuan Penyokong Harimau Malaya Banjiri Stadium Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pekarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, dipenuhi penyokong atau barisan `pemain ke-12′ skuad Harimau Malaya menjelang perlawanan Piala AFF 2022 berdepan Singapura, malam ini.

Kebanyakan penyokong dilihat mula membanjiri pekarangan gelanggang keramat pasukan kebangsaan itu sekitar jam 5 petang tadi susulan cuaca hujan dan hari bekerja.

Pelbagai gelagat dapat disaksikan dan paling mencuri tumpuan sudah pasti kumpulan Ultras Malaya yang dianggap menjadi nadi penting skuad kendalian Kim Pan Gon.

Suasana bertambah gamat dengan dengan kumpulan Ultras Malaya mula berarak memasuki stadium sambil menyanyikan lagu pembakar semangat buat pasukan negara.

Puluhan ribu penyokong skuad Harimau Malaya dijangka membanjiri Stadium Nasional selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setakat ini mengesahkan sebanyak 56,742 tiket sudah terjual.

Anak buah Pan Gon perlu menang ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B itu untuk melangkah ke separuh akhir.

Skuad Harimau Malaya kini berada di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul enam mata, manakala Singapura di kedudukan kedua berkongsi tujuh mata bersama pendahulu, Vietnam. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat