Bob ‘sesak’ ketika era pandemik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi bersuara lunak merdu, Bob Yusof, 40, mendedahkan dirinya cukup terkesan ketika penularan pandemik COVID-19, sejak dua tahun lalu.

Bob atau nama sebenarnya, Bob Yusrizan Usop sedar ujian yang dilalui menjadi pengalaman dan pelajaran berharga sepanjang bergelar anak seni.

Meskipun perit melaluinya, Bob bersyukur dapat menerima situasi dengan hati terbuka.

“Ada ketikanya, saya sampai tahap ‘sesak’ nak cari pendapatan dan meneruskan survival hidup.

“Namun, saya percaya bukan saya sahaja melalui, kebanyakan kita berdepan nasib sama.

“Ada yang mungkin lebih teruk, hilang pekerjaan, mengalami tekanan perasaan dan rumah tangga bergoncang disebabkan tiada pendapatan.

“Namun, saya masih bersyukur dapat melalui fasa getir dan tak terperangkap dengan emosi tidak menentu. Harapnya, dengan keadaan semasa yang semakin baik kita semua mampu membina semula kehidupan lebih baik,” katanya kepada BH Online.

Paling diingati, katanya, dia tidak dapat pulang beraya di kampung halamannya di Limbang, Sarawak sejak dua tahun lalu.

 

Minat seni tidak sesekali terhakis, lalu mengubat segala kedukaan Bob menerusi single terbaharu, Beribu Rasa. - Foto IG Bob Yusof
Minat seni tidak sesekali terhakis, lalu mengubat segala kedukaan Bob menerusi single terbaharu, Beribu Rasa. – Foto IG Bob Yusof

 

Baginya, ia adalah pengalaman tidak dilupakan sepanjang hidupnya.

“Apa yang menyentuh hati saya apabila tidak dapat menziarahi pusara arwah ibu.

“Saya ada pulang ke Limbang, tetapi masih tidak menjenguk pusara ibu memandangkan belum dibenarkan aktiviti ziarah. Lagipun, tanah perkuburan arwah ibu untuk mangsa COVID-19.

“Saya memang sedih, tetapi terpaksa reda dengan keadaan ini. Tidak mengapalah, saya sentiasa mengirimkan doa bagi mengubat kerinduan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bob berkata, minat seni tidak sesekali terhakis, lalu mengubat segala kedukaan menerusi single terbaharu, Beribu Rasa.

Lagu Beribu Rasa sudah berada di semua platform digital dan video muzik boleh ditonton di YouTube Bob Yusof Channel sejak awal Disember lalu.

“Lagu Beribu Rasa ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen Fadzil menjadi simbolik kepada diri saya yang berjaya melepasi kekalutan selepas mengharungi tempoh sukar sebelum ini.

“Kita tak boleh bersedih dan kena bangkit daripada segala masalah. Saya anggap dengan lagu ini akan mengubat rindu peminat dan menjadi semangat untuk terus berjuang dalam bidang seni.

“Sebenarnya, tema dipilih bersesuaian dengan situasi semasa. Ada segelintir lelaki putus cinta dan ditinggal kekasih, tetapi masih mahukan orang yang sama. Itu yang diangkat dalam lagu ini,” katanya.

Untuk rekod, lagu Beribu Rasa terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dan diedarkan Universal Music.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat