Warisan tak benci Malaya cuma tidak mahu dikawal Putrajaya

KOTA KINABALU – Warisan tidak benci Malaya sebaliknya cuma komited untuk mengembalikan kuasa politik kepada parti tempatan Sabah.

Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman menegaskan, hal ini bertujuan agar tiada lagi kawalan Malaya dalam pentadbiran Sabah.

“Seterusnya memperbetulkan kesilapan lama bila kita membawa dan memperkuatkan parti Malaya di Sabah.

“We should learn from our lessons. Enough is enough. Warisan tidak kisah untuk berkerjasama dengan parti tempatan.

“Biarlah kita berlainan pendapat, bertumbuk, bergaduh dalam bilik yang sama sebagai adik-beradik dan seterusnya membuat keputusan bersama demi kepentingan Sabah daripada kita bertumbuk dan bergaduh kerana mempertahankan kepentingan mereka di Malaya pada ketika hak kita dinafikan oleh mereka selama lebih 60 tahun,” jelas Azis.

Menurut beliau lagi, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sentiasa cakap, dia ada kesilapan, dia ada kelemahan dan berulang kali memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana dia juga mungkin punya peranan kenapa parti Malaya kuat di Sabah suatu ketika dahulu.

“Siapa yang tidak buat kesilapan? We all make mistakes because that is the nature of being human.

“Demikian juga Timbalan Presiden Warisan, pernah menjadi sebahagian dari pimpinan utama dalam parti pemerintah di Putrajaya hari ini tapi sekurang-kurangnya mereka berdua ada political will to reverse it, berusaha untuk memperbetulkan daripada membiarkan kesilapan itu berterusan.

“Sebab itu Warisan tegas, we can work together and support only local party.

“Jika kerjasama itu masih ada kawalan tangan-tangan mereka yang duduk di Putrajaya biarlah kami terus menjadi pembangkang yang efektif agar kuasa semak dan imbang dapat diperkuatkan di Sabah,” katanya lagi.

Menurut Azis mereka bukan keras kepala tapi tegas pada objektif iaitu ingin mengembalikan kuasa politik kepada parti tempatan Sabah tanpa kawalan mereka yang duduk di Putrajya.

“Dulu kami ada 14 kerusi DUN, now we have 25 strong formidable numbers.

“Kita boleh berkerjasama dengan parti Malaya di peringkat Persekutuan kerana kita juga ingin membina Malaysia yang makmur tapi pemerintahan di Sabah, biar parti tempatan Sabah yang tentukan acuannya.

“Warisan tidak gila kuasa, kami tidak gila pangkat atau kedudukan. Ketahanan kami juga sudah di luji sepanjang 5 tahun lepas.

“Warisan adalah platform yang di tubuhkan untuk anak-anak Sabah tidak kira bangsa atau agama untuk memainkan peranan membentuk masa depan generasi muda Sabah.

“Jika ada di antara kami hari ini yang tidak sempat melihat kejayaan itu kerana faktor usia, kami yakin pemimpin-pemimpin muda dalam Warisan boleh meneruskan agenda dan matlamat perjuangan Itu. “Rome was not built in a day and neither are meaningful reforms,” ujar beliau.

Kata Azis, Kabinet Sabah sudah di bentuk, walaupun dari segi taburan agak tidak seimbang antara pantai timur dan pantai barat serta kaum selain masih ada keterlibatan parti Malaya, di harap Kabinet Sabah 2025-2030 ini dapat memacu Sabah.

“Sekali lagi tahniah GRS dan Ketua Menteri Hajiji Noor.

“Agenda Selamatkan Sabah akan kami teruskan.

“Kepada semua pimpinan dan penyokong parti-parti yang lawan Warisan semasa pilihan raya, adat pilihan raya mungkin ada kata-kata kesat, pedas, tegas, tersasul yang kita lontarkan sepanjang pilihanraya, sengaja atau tidak semasa kita berucap dan berbahas, saya bagi pihak diri saya dan rakan-rakan, kami memohon maaf.

“Tiada niat menguris hati mana-mana pihak selain hanya ingin mengemukan bukti dan fakta dan likewise kami juga memaafkan. Perbezaan pendapat dan ideologi kita raikan bersama.

“Terima Kasih kepada semua yang telah mengundi dan sama-sama mendukung agenda penyatuan demi menyelamatkan Sabah. Kita bukan gagal, cuma kejayaan kita di tangguhkan buat sementara waktu. Let us all have a wonderful break with family and friends and then fully charge untuk pilihan raya parlimen yang akan datang,” kata beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat