Shell Café manjakan perjalanan anda dengan Donut Premium terbaru

Singgah di Shell Café kini bukan sekadar untuk isi minyak atau kopi pagi, tetapi juga untuk manjakan diri dengan donut premium terbaru yang pasti buat hari anda lebih manis. Selepas mencuri perhatian rakyat Malaysia dengan sosej firecracker yang popular, Shell Café kini hadir dengan lima pilihan donut yang dijamin memuaskan selera.

Setiap donut dibuat menggunakan bahan berkualiti dari Eropah, termasuk coklat Belgium, mentega asli, dan vanila Madagascar, memberikan rasa yang asli dan sedap tanpa sebarang perisa atau pewarna tiruan. Dari krim dan rangup, coklat pekat dengan kacang, hingga rasa buah yang segar, setiap donut direka untuk menceriakan perjalanan atau waktu minum kopi anda. Terdapat pilihan seperti Cookies & Cream yang manis dan rangup, Nutty Hazel yang kaya dengan coklat dan kacang, Strawberry Jelly yang lembut dan mengimbau nostalgia manis zaman kanak-kanak, Apple Glaze yang seimbang antara manis dan masam dengan kepingan jeli epal, serta Cocoa Delight yang klasik dan tak lapuk dek zaman.

Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Shell Malaysia, “Donut ini bukan sekadar snek, tetapi satu pengalaman kecil yang boleh cerahkan hari anda. Kami mahu setiap kunjungan ke Shell Café jadi lebih istimewa, sama ada untuk kopi pagi, minum petang, atau berkongsi dengan kawan-kawan.”

Untuk menyambut pelancaran ini, Shell Café menawarkan promosi menarik iaitu beli dua donut dan dapatkan minuman saiz biasa percuma, termasuk pilihan Americano, Teh Tarik, atau Iced Lemon Tea. Bagi ahli Shell App pula, terdapat ganjaran istimewa “Beli 5, Percuma 1”, menjadikan pengalaman manjakan diri lebih seronok dan berbaloi.

Jadi, apa tunggu lagi? Singgah di Shell Café terdekat, cuba donut kegemaran anda, dan jadikan setiap hentian perjalanan lebih manis. Untuk maklumat lanjut dan tawaran eksklusif, layari Shell Café Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat