RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 ditangguhkan?

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat kali ini dijangka menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 yang sepatutnya dibahas dan diundi untuk kelulusan dalam Parlimen.

Menurut sumber, draf jadual perbahasan RUU Dewan Rakyat selepas selesai urusan Belanjawan 2025 tidak menyenaraikan RUU Mufti Wilayah bagi tujuan perbahasan.

Sebelum ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam Senator Mohd Na’im Moktar dijangka membaca RUU Mufti Wilayah Persekutuan 2024 kali kedua dalam sesi persidangan kali ini.

RUU Mufti Wilayah dikritik oleh banyak pihak termasuk tokoh agama, pemimpin politik dan badan bukan kerajaan kerana dilihat cuba memecah belahkan umat Islam dan memberi kuasa yang terlalu luas kepada Mufti.

Ramai agamawan rentas parti politik antaranya termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Amanah yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Dr Mujahid Yusof Rawa, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua UMNO Bahagian Kangar, Dr Fathul Bari Mat Jahaya, dan Penasihat khas Menteri Komunikasi, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.

Mujahid berpendapat terdapat intensi atau niat buruk di sebalik RUU ini yang bertujuan menyisihkan kelompok tertentu dan berpotensi membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Mujahid turut mempersoalkan mengapa elemen kerangka ASWJ yang sudah mempunyai kedudukan mantap di negara ini perlu diperincikan dengan mengecualikan aliran ahlul hadis dan Imam Ahmad bin Hanbal yang juga berada dalam tradisi Islam yang sah.

Semalam SuaraTV menyiarkan sebuah artikel berjudul Catatan Buat Ahli Parlimen meminta mereka menolak RUU Mufti WP 2024 ini.

Berikut merupakan draf jadual perbahasan RUU selepas selesai urusan Belanjawan 2025;

Rabu, 04 Disember 2024
1. Rang Undang-Undang Kewangan 2024
2. Rang Undang-Undang Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024
3. Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024
4. Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2024

Khamis, 05 Disember 2024
1. Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.
2. Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.
3. Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024.

Isnin, 09 Disember 2024
1. Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2024
2. Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.
3. Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.

Selasa, 10 Disember 2024
1. RUU Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon
2. Empat RUU berkenaan Labuan

Rabu, 11 Disember 2024
Tiga RUU berkenaan keselamatan dalam talian

Khamis, 12 Disember 2024
1. Rang Undang-Undang Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024
2. Dua RUU berkenaan Pemegang Amanah

*Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 ditangguhkan ke mesyuarat akan datang

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat