PM seru syarikat swasta berjaya ‘turun tangan’ bantu mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat swasta yang berjaya diseru ‘turun tangan’ bersama membantu mangsa banjir di seluruh negara membabitkn aspek dana dan sukarelawan seru Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan seruan ini akan membolehkan syarikat besar melihat sendiri masalah dan kesusahan dialami rakyat jelata.

“Saya seru sektor swasta lain yang berjaya, tolong tumpu perhatian sama ada beri dana atau siap jentera.

“Ada baiknya dalam keadaan sekarang, bukan saja dana, tetapi siap jentera dan biar tiap syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang turun juga ke gelanggang.

“Lihat masalah kehidupan rakyat, kemiskinan mereka…kesusahan tetapi dengan penuh kesabaran,” katanya ketika menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada Isnin.

Anwar turut memuji persiapan jentera pelbagai agensi kerajaan, anggota keselamatan, NGO dan individu tanpa mengira perbezaan kaum serta agama yang disifatkannya luar biasa untuk bersama membantu mangsa banjir, khususnya di Pantai Timur.

“Semalam saya sempat jenguk di Terengganu, terserempak seorang lelaki berbangsa Cina dari Pulau Pinang sedang urus 10 lori makanan untuk dihantar ke Kelantan.

“Ini kekuatan rakyat Malaysia…dia bukan NGO mana-mana, tapi dia fikir ini masalah bersama,” kata Menteri Kewangan itu lagi.

Anwar turut mengarahkan tindakan susulan pasca banjir dilaksanakan mulai pertengahan bulan ini, selepas peruntukan tambahan disalurkan bagi kerja pemulihan di negeri terjejas.

Semalam, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta untuk Kelantan dan Terengganu susulan keadaan banjir semakin serius.

“Bila surut tentunya ada beban dan tanggungjawab untuk memulihkan, sebab itu kita juga sediakan peruntukan tambahan untuk baiki sekolah-sekolah dan pusat pemindahan sementara (PPS), kemudahan kebersihan tandas dan sebagainya.

“Ia memerlukan satu tindakan susulan mulai pertengahan Disember ini. Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) melaporkan tadi ada beberapa keadaan surut sedikit, tetapi dia melabuh ke Pahang dan Johor. Jadi, maknanya kesiapsiagaan di seluruh negara,” ujarnya.

Setakat 9 pagi tadi, seramai 136,562 mangsa banjir masih ditempatkan di 636 PPS di sembilan negeri terjejas banjir.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat