Dilarang terbangkan dron di kawasan banjir, ganggu tinjauan udara pasukan penyelamat – CAAM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menasihatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan terjejas akibat banjir di beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

CAAM dalam kenyataan menegaskan, larangan ini bertujuan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang menjalankan operasi pemantauan serta usaha mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

“Penggunaan dron tanpa kelulusan juga dikhuatiri boleh mengganggu aktiviti pemantauan melalui udara oleh pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia serta operasi SAR menggunakan helikopter.

“CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs),” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat