Anwar Galas Menteri Kewangan, Ahmad Zahid dan Fadillah Dilantik Sebagai TPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelantikan Ahmad Zahid (Parlimen Bagan Datuk) dan Fadilah (Parlimen Petra Jaya) diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi sidang media di Putrajaya sebentar tadi.

Anwar turut mengumumkan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, sementara Fadilah pula sebagai Menteri Komoditi.

Sebelum itu, Anwar turut mengumumkan beliau akan menggalas jawatan Menteri Kewangan, jawatan yang pernah disandangnya pada era 1990-an.

Menerusi pengumuman sama, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Pertahanan, manakala Presiden Amanah Mohamad Sabu dilantik menjawat Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan.

Untuk rekod, kerajaan perpaduan ini disertai PH (82), BN (30), GPS (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (6) serta beberapa parti lain dengan kekuatan mencecah dua pertiga ahli parlimen.

Berikut adalah senarai penuh yang diumumkan:

  • Perdana Menteri, Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
  • Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Perladangan dan Komuniti: Datuk Seri Fadillah Yusof
  • Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
  • Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
  • Menteri Pertahanan: Datuk Seri Mohamad Hasan
  • Menteri Kerja Raya: Alex Nanta Linggi
  • Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Abdul Aziz
  • Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Khaled Nordin
  • Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna : Datuk Seri Salahuddin Ayub
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang): Datuk Seri Azalina Othman Said
  • Menteri Sumber Asli: Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Menteri Pembangunan Usahawan: Ewon Benedick
  • Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Zambry Kadir
  • Menteri Pelancongan: Tiomg King Sing
  • Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil
  • Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
  • Menteri Perpaduan: Ago Dagang
  • Menteri Agama: Datuk Dr Naim Mokhtar
  • Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
  • Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat