Tumpang rezeki anak

- Advertisement -

KEHADIRAN cahaya mata dalam keluarga umpama pembawa rezeki buat pelakon, Azizul Ammar untuk terus berjuang memahat nama dan bakatnya di dalam industri seni tanah air.

Pernah melalui detik-detik diuji dengan pelbagai dugaan sehingga hampir kecundang, Ammar bersyukur kerana dia masih diberikan peluang untuk menumpang rezeki anak-anak.

Berkongsi pengalamannya saat berada di dalam situasi paling sukar, Ammar menganggap itu umpama pengajaran buat kehidupannya sebagai manusia.

“Ada satu ketika, saya rasa umpama berada dalam ‘neraka’. Saya percaya, setiap orang akan melalui detik itu. Malah, setiap ujian yang Allah berikan kepada makhluknya bertujuan untuk membantu kita bangkit semula,” katanya.

Menurut Ammar, setiap apa yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu umpama proses pembelajaran buatnya juga.

“Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita adalah proses pembelajaran. Bila masa berlalu, saya lihat semula semuanya sebagai satu proses mendidik diri saya sendiri,” katanya.

Bangkit semula demi keluarga kecilnya, bapa kepada dua anak ini sentiasa mengingatkan dirinya dan berterima kasih kepada cahaya matanya itu.

 

UJIAN hidup banyak memberi pengajaran kepada Ammar.
UJIAN hidup banyak memberi pengajaran kepada Ammar.

 

“Kehadiran anak kedua saya, Maryam Malaika umpama pembawa rezeki buat saya. Setiap kali saya terima tawaran kerja, setiap kali itu juga saya akan bisik kepadanya, ‘Maryam, abi tumpang rezeki Maryam’.

“Apa yang jadi kepada diri saya, orang cakap saya tak boleh bangun. Kadangkala, saya percaya dengan kata-kata orang, namun semuanya tak memusnahkan harapan saya untuk bangkit semula,” katanya lagi.

Terbaharu, Ammar kini muncul membintangi filem berjudul Siapa Tutup Lampu?

“Ini adalah karya yang berbeza dan apa yang boleh saya katakan, ia membawakan pelbagai warna dari segi watak dan perwatakan pemain-pemainnya,” katanya.

Selain Ammar, filem Siapa Tutup Lampu? juga dibintangi barisan pelakon lain seperti Uyaina Arshad, Naim Daniel, Azhar Jalil, Ismi Melinda dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat