RUU Perbekalan Belanjawan 2021 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Lulus

- Advertisement -

CYBERJAYA: Dewan Rakyat sebentar tadi meluluskan satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli berjumlah RM2.1 bilion.

Pada sesi tersebut, Belanjawan 2021 Kementerian ini lulus tanpa sebarang undian belah bahagi dijalankan.

Setakat ini, lapan (8) Kemeterian berjaya melepasi undian pada peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan yang terbaru Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Pada sesi perbahasan Belanjawan kementerian ini, terdapat sedikit ketegangan apabila ramai ahli Parlimen membangkitkan hala tuju dan masa depan Zoo Negara yang telah dilaporkan menghadapi masalah kewangan yang amat serius.

Selain daripada itu, isu tunggakan bayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.

Bagaimanapun, Menterinya, memberi jaminan segala persoalan yang dibangkitkan akan dijawab dengan sewajarnya melalui jawapan bertulis. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat