Dr Mahathir tawar diri jadi saksi kes saman ‘Langkah Sheraton’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan dirinya menjadi sebagai saksi di mahkamah berhubung tindakan 10 pengundi Parlimen Gombak mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau menyatakan kesediaanya untuk membantu sebagai saksi di Mahkamah sekiranya keterangan beliau diperlukan.

“Saya dimaklumkan seramai 10 pengundi berdaftar Parlimen Gombak telah memulakan satu tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Azmin Ali yang merupakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi Kerajaan Perikatan Nasional.

“Berdasarkan kandungan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh plaintif-plaintif tersebut, saya dinasihatkan oleh Peguam bahawa tindakan ini diambil kerana Azmin didakwa memungkiri sumpah setia selaku ahli Parlimen, mengabaikan amanah pengundi pengundi kawasan Gombak untuk kepentingan diri dan tidak menghiraukan janji yang dibuatnya semasa kempen pilihan raya ke-14, dan melakukan kesalahan tort penipuan (committed tort of deceit),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Mahathir memberitahu tindakan undang-undang berkenaan mempunyai banyak kaitan dengan kenyataan-kenyataan yang pernah beliau suarakan terutamanya membabitkan kejatuhan Pakatan Harapan (PH).

“Saya dapati pernyataan tuntutan mengandungi antara lain Langkah Sheraton dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memecah belah gabungan Pakatan Harapan (PH) yakni kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat.

“Selain itu, terdapat juga pernyataan bahawa saya tidak menghadiri pertemuan di Hotel Sheraton 23 Februari 2020 dan juga dinyatakan saya telah meletak jawatan pada 24 Februari 2020, ini adalah seperti selalu saya tekankan bahawa perpecahan gabungan PH adalah akibat dari Langkah Sheraton.

“Terdapat juga pernyataan bahawa Azmin kini bekerjasama dengan pemimpinpemimpin dari Barisan Nasional (BN) termasuk mereka yang telah dan/atau masih menghadapi tuduhantuduhan jenayah.

“ Kesemua perkara yang didakwa melalui tindakan yang difailkan ini telah pun sayanyatakan berulang kali,” jelas Ahli Parlimen Langkawi itu.

Katanya, wakil rakyat atau Ahli Parlimen harus faham bahawa rakyat memilih mereka sebagai wakil untuk bersuara di Parlimen dan memimpin mereka bukannya untuk kepentingan diri dan mendapatkan jawatan serta kuasa.

“Mahkamah merupakan forum paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan oleh
10 plaintif yang memfailkan tindakan ini.

“Saya melihat keberanian rakyat mempersoal kredibiliti dan integriti seorang Ahli Parlimen seperti Azmin sebagai satu proses mematangkan pendemokrasian negara.

“ Saya sedia menawarkan diri sebagai saksi di Mahkamah sekiranya keterangan saya
diperlukan. Saya sedia membantu,” ujar Dr Mahathir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat