OPR tak naik, kekal 3 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus susulan mesyuarat hari ini.

Menurut MPC dalam Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan pada Khamis, inflasi keseluruhan dan inflasi teras telah menjadi sederhana disebabkan terutamanya oleh tekanan kos yang semakin reda.

“Pada suku ketiga, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berpurata pada dua peratus dan 2.5 peratus. Menjelang tahun 2024, inflasi dijangka kekal sederhana.

“Risiko terhadap prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi dan pasaran kewangan global.

“Yang penting, hasrat kerajaan untuk mengkaji semula kawalan harga dan subsidi pada tahun 2024 akan mempengaruhi prospek keadaan inflasi dan permintaan,” katanya.

Kali terakhir BNM menaikkan OPR adalah pada Mei lalu, dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada tiga peratus daripada 2.75 peratus sebelumnya.

Mesyuarat MPC seterusnya dijadualkan pada 23 dan 24 Januari depan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat