Minggu Solidariti Palestin dipolitikkan tanpa ambil kira tujuan asal – Fadhlina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polemik berkaitan Minggu Solidariti Palestin dikatakan berpunca akibat pihak tertentu cuba mempolitikkan penganjuran program tanpa mengambil kira tujuan asal ia dilaksanakan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata tindakan sesetengah pihak membuat kacau ganggu ke atas penganjurannya antara lain menyebabkan wujud salah faham berhubung tujuan asal pelaksanaan program itu terhadap segelintir masyarakat.

Beliau berkata, pelaksanaan program itu bertujuan menerapkan mesej berhubung perkembangan Palestin-Israel, selain ia menjadi sebahagian daripada proses pendidikan yang mengambil kira tahap pemahaman murid berhubung konflik terbabit.

Katanya, ia juga bertujuan mengetengahkan pendirian negara dalam isu konflik Israel-Palestin, sekali gus muncul sebagai platform untuk memastikan mesej berkenaan dapat disampaikan kepada semua murid di negara ini.

“Sekolah mempunyai dinamiknya yang tersendiri. Jadi menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan mesej ini sampai mengikut aktiviti yang dirasakan sesuai dengan ekosistem pendidikan negara.

“Malah, menjadi tanggungjawab kementerian untuk memastikan mesej kemanusiaan dan kedamaian ini sampai kepada pelajar.

“Kita sudahpun mengadakan libat urus sebelum program ini dilaksanakan, selain ia turut membabitkan bantuan intervensi sekiranya timbul sebarang masalah di peringkat kementerian secara menyeluruh,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian pada sidang media Program Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, lapor BH.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum), Dr Ahmad Rafee Che Kassim sertaPengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Dr Jafri Abu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin.

Sementara itu, Fadhlina menegaskan, garis panduan penganjuran program itu disampaikan secara jelas kepada komuniti pendidikan, sekali gus menolak pelbagai perdebatan berhubung perkara berkenaan di media sosial.

Mengenai garis panduan penganjuran program itu, Fadhlina berkata, perkara berkenaan tidak wajar diperdebatkan di media sosial kerana ia dirangka secara jelas bagi komuniti pendidik.

Bagaimanapun, katanya, setiap sekolah boleh meminda mengikut keperluan masing-masing, selain menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan mesej cuba disampaikan kepada murid dapat difahami mengikut aktiviti bersesuaian.

Terdahulu, garis panduan KPM mendapat kritikan segelintir pengguna media sosial yang menyifatkan ia tidak jelas dan tidak mencerminkan program berkenaan.

Antara dua garis panduan itu ialah ‘jangan hanya menonjolkan perspektif satu pihak’ serta ‘elakkan menggunakan simbol atau ikon boleh menimbulkan kontroversi.

Minggu Solidariti Palestin anjuran KPM di semua institusi pendidikan bermula pada 29 Oktober lalu dan bakal berakhir esok.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat