Kilang pengeluaran Mercedes-Benz di Pekan rai kejayaan 100,000 unit kereta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kilang pengeluaran Mercedes-Benz di Pekan, Pahang meraikan satu lagi kejayaan apabila melancarkan kereta penumpang jenama premium yang ke 100,000 unit.

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dalam satu kenyataan, berkata pencapaian luar biasa itu menggariskan komitmen dan dedikasi syarikat itu terhadap kecemerlangan pembuatan dan inovasi dalam industri automotif mewah.

“MBM komited untuk meningkatkan sumbangan ekonomi tempatan dengan usaha pelaburan berterusan melebihi RM500 juta setakat ini untuk kilang di Pekan.

“Pelaburan ini telah mengukuhkan kualiti pengeluaran kenderaan tempatan syarikat dan memupuk pertumbuhan jenama automotif yang paling diingini di dunia,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Cars Malaysia, Amanda Zhang berkata, Mercedes-Benz menjadi pengeluar automotif mewah pertama dan satu-satunya yang menguasai proses pengeluaran tempatan di Malaysia.

“Sejak ditubuhkan pada 2004, kilang pengeluaran Mercedes-Benz di Pekan telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap automotif Malaysia.

“Pencapaian penting tahun ini menyerlahkan perkembangan dan perjalanan luar biasa kilang itu, mengukuhkan komitmen kami untuk memperkasakan kedudukan kami dalam segmen kereta mewah,” katanya.

Zhang yang juga Ketua Serantau Mercedes-Benz Cars SEA II berkata, satu lagi pencapaian penting yang dicatatkan pada awal tahun ini ialah kejayaan pengeluaran model EQS 500 4MATIC pemasangan tempatan (CKD).

“Ini mempercepatkan pemacu mobiliti elektrik jenama ini dan membentuk masa depan pembuatan automotifnya, serta hala tuju kilangnya di Malaysia.

“Dengan cara ini, syarikat secara konsisten melaksanakan strategi Mercedes-Benz ke arah ‘elektrik sahaja’,” katanya.

Beliau menjelaskan, ketika Mercedes-Benz Malaysia berusaha untuk menyokong masa depan serba elektrik sejajar dengan wawasan globalnya, Mercedes-Benz Cars akan bersedia untuk menggunakan semua elektrik menjelang akhir dekad ini di mana-mana pasaran berkaitan.

“Komitmen Mercedes-Benz terhadap kemampanan adalah aspek asas dalam strategi perniagaannya, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDGs).

“Dalam ‘Ambition 2039’, syarikat telah menetapkan sasaran untuk menjadikan kumpulan kenderaan baharu karbon neutral bersih sepanjang kitaran hayat kenderaan menjelang 2039,” katanya.

Naib Presiden Pengeluaran di Mercedes-Benz Cars Malaysia, Andreas Lettner berkata, selaras dengan visi kemampanan syarikat, kumpulan itu komited untuk mengurangkan jejak karbon dengan meminimumkan penggunaan air dan tenaga sambil menguruskan sisa dengan cekap.

“Bekerjasama dengan rakan kongsi pembuatan kontrak kami, HICOM Automotive, kami telah melakukan banyak peningkatan di kilang kami.

“Penambahbaikan ini merangkumi pelaburan dalam jentera, pengembangan kapasiti dan pelaksanaan pelbagai langkah kemampanan.

“Langkah-langkah ini termasuk penjimatan tenaga, mengurangkan penggunaan bahan mentah melalui pembungkusan inovatif, penggunaan air hujan dan penyepaduan tenaga hijau melalui panel fotovoltaik,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat