Jabatan Kesihatan Pahang siasat hantaran politik di Facebook rasmi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang mengambil maklum mengenai hantaran berkaitan politik yang disiarkan di Facebook rasmi jabatan itu pada 2 November 2023 yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci tentang perkara itu.

“Jika terbukti ada kesalahan tingkah laku oleh mana-mana pegawai, jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Perintah Am Bab D: Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang ingin menegaskan bahawa pentadbiran ini mendokong penuh dasar dan polisi kerajaan sedia ada serta Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya, menerusi satu kenyataan rasmi, hari ini.

Terdahulu, tular dilaman sosial mengenai rakaman video membabitkan seorang tokoh politik pembangkang yang dikongsikan dalam Facebook rasmi JKN Pahang.

Rakaman video itu bagaimanapun sudah dipadamkan daripada Facebook JKN Pahang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat