Dr Mahathir berkunjung ke rumah Presiden PAS di Rusila

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa berkunjung ke teratak Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di teratak Rusila di Terengganu.

Hadi berbesar hati menerima kunjungan penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas atau ‘State-Goverment 4′(SG4) itu.

“Berbesar hati menerima kunjungan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohammad ke teratak Rusila hari ini.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kerahmatan-Nya kepada Tun,” ucap Hadi di Facebooknya pada Khamis.

Sementara itu, anak Hadi, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, hari ini sejarah baharu negara tercipta di bumi Marang.

“Saya bersama-sama ayahanda saya Tan Sri Abdul Hadi Awang menerima kunjungan daripada Tun Dr Mahathir ke teratak ayahanda di Rusila, Marang.

“Sepanjang penglibatan Tun Dr. Mahathir dalam kancah politik negara, ini adalah kali pertama Tun menjejakkan kaki ke Rusila, ujar beliau.

“Usai pertemuan, Tun Dr. Mahathir mengambil peluang untuk menunaikan solat zohor di Masjid Rusila sebentar tadi. Alhamdulillah,” katanya.

Facebook PAS pula mencatatkan bahawa, teratak indah Presiden PAS akhirnya menerima kunjungan ulung Tun Mahathir.

“Anak cucu Tuan Guru turut berkumpul menyambut dan menyantuni tokoh pemimpin ini.

“Keakraban yang terjalin di ‘waktu senja’ tetap memancarkan sisi kecantikannya.

“Bahawa yang muncul terakhirnya di hujung hari tetap yang terindah. Sejarah terukir megah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat