Malaysia-China bincang cabaran keselamatan Asia, dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong.

Menurut Anwar, dalam pertemuan ini beliau dan Wang Xiaohong bertukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa yang terkait, terutamanya berkaitan keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

“Platform ini juga peluang untuk kami mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam mendepani cabaran hal keselamatan Asia dan juga dunia, amnya.

“Sementelahan, tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan,” kongsi Anwar.

Justeru, Perdana Menteri berkata dalam kesempatan pertemuan hari ini juga, beliau turut mengutuskan surat jemputan kepada Presiden China Xi Jinping untuk mengunjungi Malaysia tahun hadapan sempena sambutan ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara itu.

“Moga lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia-China dapat dipertingkatkan lagi demi manfaat bersama-sama, Insya-Allah,” ucap beliau.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Duta Besar China Ke Malaysia Ouyang Yujing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat